Expired : 18.06.18

Ziarah dan sumbangan prihatin Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia


17 Mac 2019

Basith Abdul Samad


KINABATANGAN: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah realiti terpaksa dihadapi oleh Sabrinah Salim, ibu kepada dua orang anak yang kematian bapa mereka akibat disambar buaya baru-baru ini di Tanjung Bulat, Kinabatangan.



Atas rasa keperihatinan satu rombongan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang dibantu AJK PAS Kawasan Kinabatangan bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan telah menziarahi keluarga mangsa di kediaman mereka di Batu 3 sinar jaya, untuk menyampaikan sumbangan.



Dalam ziarah buat julungkalinya itu, beliau telah menyerahkan sumbangan daripada orang ramai kepada Sabrinah disamping menitipkan kata-kata semangat dan dorongan untuk terus tabah jalani ujian kehidupan. Beliau juga mengingatkan agar perbanyakkan berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT.



Sebelum berangkat pulang untuk ke Program Munajat AKIFI peringkat Negeri Sabah di Pusat Islam Darul Ulum (PADU), Batu 8 Bukit Garam, Kinabatangan, beliau sempat melawat tempat kejadian dimana mangsa disambar buaya.



Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Khamis lepas, mangsa Abdurahman Norsirat, 40, yang keluar menjala udang di tebing Sungai Kinabatangan berdekatan Tanjung Bulat, dilaporkan disambar buaya.


Jenazah mangsa ditemui pada petang keesokkan harinya, Jumaat kira-kira jam 3.30 petang. Menurut Ketua Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Sandakan, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel, ketika ditemukan, terdapat seekor buaya sepanjang 19 kaki di sebelah jasad mangsa.


The post Ziarah dan sumbangan prihatin Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop