Expired : 18.06.18

Ziarah Kasih MOSWAY Santuni Mangsa Kemalangan

Oleh: Muhammad Hadi



KANGAR : Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah menyantuni mangsa kemalangan jalan raya menerusi program Ziarah Kasih MOSWAY di Dun Sanglang, Ahad lalu.


Rosli Hussin, 45, dan anak lelakinya, Muhammad Muhaimin, 6 dari Kampung Syed, Simpang Empat, merupakan mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut yang berlaku pada 24 Disember tahun lalu.


Dalam kejadian itu, anak saudara Rosli, Irfan Zahran Mohammad Yazid, 6, dari Kuala Perlis meninggal dunia di tempat kejadian, sementara Rosli dan anak lelakinya mengalami cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 13, Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Empat, dekat sini.


Menurut Pengerusi LKK DMPNPs, Jaliah Mohd Zakhir, kedua-dua mangsa berkenaan baru sahaja dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.


“Program kali ini merupakan ziarah susulan kami setelah ziarah kali pertama yang kami adakan pada akhir tahun lalu.


“Kehadiran kami pada kali ini turut disertai wakil daripada Jabatan MusMedik yang telah memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma serta menyampaikan Kit Medik Prihatin kepada mereka berdua,” katanya ketika dihubungi hari ini.


The post Ziarah Kasih MOSWAY Santuni Mangsa Kemalangan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).