Expired : 18.06.18

Zizi Kirana ‘nervous’ ditanya ‘sudi jika dipinang untuk seseorang?’

Penyanyi Zizi Kirana pernah meletakkan 14 syarat buat lelaki yang mahu mengahwininya. — Foto ihsan Instagram/Zizi Kirana
Penyanyi Zizi Kirana pernah meletakkan 14 syarat buat lelaki yang mahu mengahwininya. — Foto ihsan Instagram/Zizi Kirana

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Penyanyi Zizi Kirana tidak senang duduk apabila ada peminat mahu meminangnya untuk seseorang di Instagram.
“Nervous (berdebar-debar) kita,” kata pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 34, yang mendedahkan mesej peribadi tersebut melalui paparan Insta Story.

Pemilik akaun Instagram yang tidak didedahkan identiti dilihat bertanya “kalau ada seseorang yang nak meminang Zizi kan Zizi sudi ke?”


Pada 28 Mac tahun lalu, penyanyi “Boleh Jalan” meletakkan 14 syarat buat lelaki yang mahu mengahwininya termasuk pandai mengaji al-Quran dan tidak minum arak serta berpendapatan minimum RM5,000


Namun, bekas vokalis The Fabulous Cat yang meminati pasukan bola sepak Arsenal mendapati beliau juga sukar mencari lelaki pandai mengaji dalam kalangan peminat kelab Liga Perdana Inggeris itu.


Norlida Ishak Shop