Expired : 18.06.18

ZTE Mengumumkan Variasi Nubia X Dengan Cip Snapdragon 855 Dan Sokongan 5G

ZTE pada sebelum ini telah melancarkan Nubia X yang membawa rekaan dua skrin di dalam satu peranti. Rekaan ini dapat membolehkan peranti mencapai skrin sepenuhnya, dengan menjadikan skrin di belakang peranti untuk menggalas fungsi swafoto. Peranti ini nampaknya telah menerima kemaskini dari segi dalamannya, dengan penambah baikan dari segi prestasi dan rangkaian 5G.


Nubia X 5G telah dijana dijana dengan cip pemprosesan paling berkuasa untuk Android setakat ini, menerusi penggunaan cip Snapdragon 855. Cip ini turut menjana beberapa peranti popular lain seperti Xiaomi Mi 9, Black Shark 2, dan siri Galaxy S10 untuk beberapa buah negara. Apa yang menarik, ia turut dilengkapi dengan modem Snapdragon X50 yang membolehkan peranti menikmati rangkaian 5G.



Walau bagaimanapun, ZTE tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai perkara baru yang akan hadir pada peranti ini. Namun apabila melihat pada Nubia X sebelum ini, ia membawakan skrin hadapan 6.26-inci FHD+, skrin kedua 5.1-inci HD+ OLED, dan membawa memori 8GB RAM. Ia juga membawakan sokongan dwi-kamera 16MP + 24MP, bateri 3,800 mAh, dan sokongan pengecasan pantas NeoPower 3.0.


Tarikh pelancaran peranti ini masih tidak diketahui, namun apa yang pasti, ia bakal dilancarkan di China terlebih dahulu. Dengan laporan ini, Nubia X 5G ini akan menjadi peranti ZTE kedua dengan 5G, selepas ZTE Axon 10 Pro 5G yang diperkenalkan pada acara MWC 2019.


Norlida Ishak Shop