Expired : 18.06.18

Zunar ingatkan rakyat bos, jangan beri kerajaan kuasa besar

Zunar menggesa rakyat terus berfikiran kritis dan tidak memberi kuasa yang terlalu besar kepada kerajaan. — Foto oleh Azinuddin Ghazali
Zunar menggesa rakyat terus berfikiran kritis dan tidak memberi kuasa yang terlalu besar kepada kerajaan. — Foto oleh Azinuddin Ghazali

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Kartunis politik Zunar meminta orang ramai supaya tidak takut mengkritik kerajaan.


Zunar berkata ini kerana di bawah pemerintah baru, rakyat adalah hakim.


“Rakyat adalah bos. Teruskan berfikiran kritis, jangan beri kuasa yang terlalu besar kepada kerajaan,” coretnya.


“Jangan amal ‘ampuism’. Jadi manusia merdeka. Kuat berusaha tanpa salahkan bangsa lain. Barulah negara maju.”


Menerusi hantaran itu, Zunar turut memuat naik sebuah kartun lakarannya.


Kartun tersebut merujuk kepada coretannya bahawa rakyat adalah tuan, sebab itu pemerintah harus tunduk kepada mereka.