Expired : 18.06.18

Zuraida gesa parti buat undian semula

Ketua Wanita KEADILAN menggesa agar parti mempertimbangkan untuk mengadakan proses pemilihan semula di beberapa negeri yang berhadapan masalah dalam proses tersebut.


Menurutnya, berdasarkan keadaan semasa, jawatankuasa pemilihan perlu bersedia dengan kemungkinan masalah di Sabah dan Sarawak.


“Mereka perlu melakukan semula proses pemilihan di Melaka, Kuala Selangor, Sabah dan Sarawak.


“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di Sabah dan Sarawak, tambahan ia kawasan pedalaman dengan rangkaian terhad,” katanya.


Sebelum ini, proses pemilihan berhadapan masalah apabila tablet mengundi di sesetengah tempat kehabisan data sewaktu proses itu berlangsung.


Terkini, polis mengesahkan penemuan perkakas penyekat talian komunikasi di Stadium Tertutup Kuala Selangor yang menjadi lokasi pemilihan KEADILAN Kuala Selangor.


“Pemilihan parti sangat kritikal sekarang. Parti perlu menghentikannya dan tidak boleh berada dalam sindrom penafian.


“Mereka perlu melakukan sesuatu terhadap pemilihan berkenaan isu kehilangan sebahagian undi, pengurusan proses pemilihan, rasuah dan jammer,” katanya kepada media di Parlimen.


Norlida Ishak Shop