Expired : 18.06.18

Zuraida mahu wanita dilibatkan dalam pembangunan negara

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berikrar akan memastikan golongan wanita mendapat tempat dalam pembangunan negara.


Mantan ketua Wanita KEADILAN itu mahu melihat wanita terlibat secara langsung dalam perencanaan hidup bermasyarakat serta peningkatan taraf hidup.


“KPKT akan terus memastikan golongan wanita mendapat tempat dalam segala hal berkaitan pembangunan, terutamanya dari sudut peningkatan taraf hidup dalam komuniti.


“Pembangunan yang mampan dan lestari bukan hanya terletak kepada pembangunan fizikal, tetapi turut melibatkan agenda kesejahteraan komuniti dan pertumbuhan ekonomi menyeluruh,” kata ahli politik kanan KEADILAN itu.


Sementara itu, Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Nurainie Haziqah mahu peranan wanita muda dilihat dalam aspek dan ruang yang setaraf tanpa mengira jantina.


“Fokus Srikandi KEADILAN jelas dan utuh bagi memastikan lebih ramai wanita muda diberikan peluang memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara” kata peguam muda itu.


Sejarah Hari Wanita Sedunia bermula apabila Parti Sosialis Amerika menganjurkan sambutan Hari Wanita pada 28 Februari 1909.


Hari itu kemudian diangkat sebagai Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 1975 yang mengisytiharkan sambutan itu jatuh pada 8 Mac setiap tahun.


Hari Wanita Sedunia 2019 yang disambut pada hari ini mengangkat tema #BalanceforBetter atau Seimbang untuk Sejahtera.


Norlida Ishak Shop