14 Feb 2018 10:02:01

Kemaskini Android Oreo Mengubah Rekaan Emoji Pada Peranti Samsung

loading...

Terdapat lebih dari 2000 emoji yang disokong oleh Unicode pada peranti pintar anda. Angka ini akan bertambah lagi sebanyak 157 pada separuh kedua 2018. Tetapi anda mungkin sedari rekaan emoji adalah berbeza mengikut sistem operasi dan peranti.

Peranti Samsung walaupun menggunakan sistem operasi Android memaparkan rekaan emoji yang tersendiri. Rekaan yang berbeza ini mengakibatkan kekeliruan apabila dilihat pada peranti lain. Kemaskini Android Oreo telah mula diterima Galaxy S8 sejak minggu lalu. Selain antaramuka baru Samsung Experience 9, rekaan emoji peranti Samsung juga telah dikemaskini untuk kelihatan lebih selari dengan rekaan Android asal dan iOS.

Perubahan lain yang dilakukan ialah emoji cookie kini kelihatan seperti cookie dan bukan lagi biskut kering. Sokongan emoji wanita berhijab, menyusukan anak dan pistol kini kelihatan seperti pistol mainan.


Sumber asal : amanz.my

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...